Ujian Kesabaran
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3). Semalam, 9 Mei 2017 aku benar-benar terasa diuji Allah. Sejak pagi Allah menguji kesabaran aku. Bagaimana aku menghadapi situasi yang boleh menyebabkan kemarahan. 1. Aku menjadi ahli grup Whatsapp di tempat aku bekerja. Biasalah ahlinya terdiri dari ketua dan anak-anak buahnya termasuk aku. Ketua aku biasa menghantar mesej bila beliau menghadiri apa-apa majlis dan selalunya ahli yang lain sama ada memuji, menunjukkan sokongan dan tanda gembira. Biasanya aku malas nak beri maklumbalas. Bukan apa, kadang-kadang tu tidak ada apa-apa yang hendak diberi reaksi. Biasanya aku diam sahaja. Tak mahu aku menunjukkan atau berpura-pura gembira atau beri sokongan. Sebab tidak ada apa-apa pun yang hendak ditulis dalam grup itu. Aku tak mahu semata-mata macam hendak jack Bos!!! Tapi hari ini aku membalas satu posting dari ketua aku...