7 bulan berulang-alik
Hampir 7 bulan berlalu sejak saya bertugas semula di Johor Bahru. Dalam tempoh tersebut, cuma sekali sahaja saya tidak balik ke Bangi kerana tugasan rasmi. Ada juga yang bertanya, tidakkah saya merasa penat berulang-alik setiap minggu dari Johor Bahru ke Bangi. Saya berkata sebenarnya saya merasa seronok berulang-alik, apatah lagi bila berjumpa isteri dan anak-anak. Itu adalah sebahagian daripada nikmat kehidupan yang saya rasai. Menatap wajah isteri dan anak-anak sangat-sangat menyukakan hati saya. Tidak dapat saya bayangkan, kalaulah pada hari Sabtu dan Ahad, saya berada di Johor Bahru. Mahu rasanya saya terkulat-kulat di Johor tanpa teman berbicara. Anak-anak dan isteri adalah syurga saya.
Comments