Membuat Keputusan

“You can't make decisions based on fear and the possibility of what might happen.”
Michelle Obama


“If you obsess over whether you are making the right decision, you are basically assuming that the universe will reward you for one thing and punish you for another.- Deepak Chopra

“Trust your instincts, and make judgements on what your heart tells you. The heart will not betray you.”
David Gemmell, Fall of Kings  



Dalam konteks untuk membuat keputusan Nabi Muhammad saw menyatakan dalam hadis yang bermaksud

"Diangkat kalam (catatan baik dan jahat) pada tiga tempat
1.   Orang yang tidur sehingga dia jaga (tidur tidak membuat sebarang keputusan)
2.   Kanak-kanak hingga baligh (mula catatan pada ketika umur baligh)
3.   Orang gila sehingga boleh berfikir" (gila tidak dikira dalam Islam)

(Riwayat Ahmad)

Sebagai seorang ketua di pejabat, saya kena buat keputusan di atas sesuatu permasalahan di tempat kerja. Sebagai seorang suami, saya juga kena buat keputusan atas sesuatu perkara berkenaan keluarga.

Seringkali apa yang bermain di fikiran adalah, 'Apakah aku telah buat keputusan yang betul?'. 

Pada kebiasaannya, apabila kita buat keputusan, ia berdasarkan ilmu dan pengalaman. Kadang-kadang kita tidak ada ilmu tentang sesuatu perkara, tetapi kita ada pengalaman mengendalikan tugas itu. Maka kita pun buat keputusan berdasarkan pengalaman kita.

Adakalanya, kita tidak ada pengalaman. Tetapi kita ada ilmu yang belum diuji berdasarkan situasi sebenar. Jadi ilmu dan pengalaman sangatlah penting di dalam membuat keputusan.

Setiap kali pegawai saya datang meminta pendapat dan juga keputusan, saya buat keputusan berdasarkan dua perkara yang saya cakap tadi, ilmu dan pengalaman. Apa yang akan berlaku hasil dari keputusan itu, sebenarnya kita tidak tahu. Kita serahkan sahaja kepada Allah sebab kita mengharapkan yang terbaik.

Kalau baik hasilnya Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, ia jadi satu lagi pengalaman dan ilmu baru. Tiada seorang pun dalam dunia ini yang tahu semua perkara dan tahu apa yang bakal berlaku. Kita usaha dan kita serahkan kepada Allah. Semoga Allah permudahkan dan membimbing saya di dalam membuat keputusan yang paling baik. Tiada yang paling betul, hanya yang paling baik.

Comments

Popular Posts