Kehidupan Nomad Pindah Rumah

Sepanjang lima tahun berada di Johor Bahru, aku telah berpindah rumah sebanyak empat kali. Rumah sewa pertama di Apartmen Bukit Saujana. Sewanya RM650, semasa itu baru pindah jadi tidak fikir sangat berkenaan harga sewa rumah. Kemudahan biasa-biasa seperti ada kolam renang berlimut dan airnya hijau. Kemudahan lain adalah suasana yang muram dan gelap, tangga penuh sampah, kadang-kadang ada bangkai tikus. Di sebelah petang terutama selepas Maghrib, ada kemudahan melihat pondan-pondan pergi bekerja. Pondan macam perempuan betul, cantik, seksi dan bermekap tebal.

Selepas 6 bulan, aku rasa macam terbeban membayar sewa RM650 itu sedangkan aku tinggal seorang diri. Jarang-jarang aku tidur dalam bilik. Kebiasaannya di depan televisyen di ruang tamu. Jadi mula berfikir mahu mencari rumah yang lebih murah harga sewanya.

Akhirnya aku berpindah ke Apartment Suria Muafakat di tingkat 8. Sewanya kurang RM100 daripada yang sbelumnya. Mujur ada lif. Apartmen itu terdiri daripada dua blok A dan B. Aku menyewa di Blok B dekat dengan surau. Seronok sebab keadaan persekitaran bersih dan senang pergi ke surau. Orang-orang di situ pun peramah dan mudah bergaul. Lagipun aku bergaul dengan orang surau sahaja. Itu sahaja masa yang aku ada untuk berkenalan.

Selepas dua tahun, sekali lagi aku terasa macam terbeban membayar sewa RM550 dan tinggal seorang diri.

(nanti sambung lagi)

Comments

Popular Posts