Noorazhar di Korea

Catatan ini merupakan catatan sahabat lama saya, Noorazhar Ngatimin di Korea. menjalani kursus di KIGAM selama 6 mingu. Sebenarnya saya nak suruh dia buat blog, itu le gunanya blog, senang nak catat perjalanan ke mana-mana, kongsi pengalaman. Di bawah ini adalah catatan hari pertama beliau.

Satu perjalanan panjang

24.4.2010 (Sabtu) – 25.4.2010(Ahad)

Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana sudi menghantar abahnya ke Lapangan Terbang Senai. Sedih juga bila melihat kereta bergerak balik. Almaklum, pasti setiap pagi bakal kelam kelibut. Moga anak-anak dapat ringankan kerja umminya.

JB-KLIA-KK-INCHEON. Satu perjalanan yang panjang. Dari 6.30 petang (24/4/10) sampai 7.00pg (25/4/10). Itu tak masuk sekitar 3 jam ke KIGAM Daejeon.

Nasib baik juga KIGAM bagi tiket MAS. Jadi yakinlah dengan makanan yang disediakan. Balik nanti tak tahulah.. Naik Korean Air. Alhamdulillah, aku dapat duduk tepi tingkap.. So, kejap-kejap jengok luar. Tidur pun asyik terjaga. Bukan apa.. takut miss Subuh. Once Nampak fajr, aku pun tanyalah kat peramugari yang comel-comel tu.. Dah masuk Subuh… Alhamdulillah, dah pernah praktikkan solat dalam kapalterbang. So, pergi ambil wuduk dgn air yg sangat minimum dan aku duduk di belakang di tempat tak ada orang dan bersolat.

Semasa nak landing di Incheon International Airport, Korea.. kapten kapal buatlah announcement.. ”temperature on the ground at the Incheon Int. Airport is 6 degree celcius. Alamak!! Terkejutlah aku.. Never think and prepare. Ingatkan sekitar 16 – 19 degree je. Macam dimaklumkan dalam email. Rupa-rupanya kat Korea ni suhunya fluctuate. Hai terbayanglah betapa sejuknya. Harap-harap di Daejeon taklah rendah sangat suhunya. Sebaik landing, tengok sekitar landasan.. fuhhh.. sejuknya. Aku tengok yang masa dalam flight tadi hanya pakai simple dah pun sarung baju sejuk.. Aku!!! Nasib pakai kot. Macam bagus je…
‘You’re from where sir?. Malaysia. Ok.. Eh senangnya… Agak Malaysian ni memang good record. Tu yang tak ada masalah. Tapi yg lebih menarik perhatian aku, lambang Ministry of Justice Korea tu lambang dacing… Tak boleh ambik gambar. Tak perasan pulak.. Nasib baik tak kena apa-apa.

Selepas melepasi pemeriksaan Kastam .. naik train pulak… Selepas beberapa minit turun train dan berjalan lagi… barulah sampailah ke imigresen. Officer tu tanya khabar dan tanya tempat tinggal. Aku just bagi offer letter dari KIGAM. Selepas ambil bagasi, aku pun keluarlah melalui pintu 3. Alamak! Mana dianya orang KIGAM. Kata ada orang yang tunggu. Pusing-pusing pun tak Nampak kelibat. Tak pelah. Onlah handphone. Masa nak datang dah apply roaming service di CELCOM. Once on je h/p… no service. Aku pun check network… search punya search. Network failed. Cannot register…. Dah sudah.

Pergilah ke public phone. Nasib baik juga dah tukar duit. Aku gunalah nombor yang received call dari KIGAM tempohari. Tak dapat pulak. Tak boleh jadi ni. Handphone ni pun buat hal. Kesian pulak isteri dan anak-anak. Macamana nak communicate ya? Persoalan tinggal dalam kepala. Selesaikan dulu masalah aku.

So, pergilah aku ke information kaunter. Ok tu.. ada sign English. Oh ya.. susah bab communication. Tak ramai Korean yang boleh speaking English. Aku pun lebih kurang jugak. Ok sikit je. Alhamdulillah.. Allah nak uji sekejap. Masa ke kaunter tu adalah seorang Korean bawa sign KIGAM. Aku pun lambai-lambai tangan. Rupa-rupanya dia tunggu di International Gate No. 2. Lega….

Once aku sampai je, rupa-rupanya aku orang terakhir. Dah ada 5 orang di situ termasuklah colleague dari JMG Sabah. Dia naik Korean Air dari KK. Dah sampai sekitar jam 6am.

Fuh… sejuknya. Sebaik keluar dari bangunan airport. Bas pun dah tunggu. So, tanpa berlengah lagi terus naik bas. Lega… Satu bas Cuma naik 8 orang. 1 x pemandu, 1 x staf KIGAM, 2 x M’sian, 2 x Cambodia dan 2 x Thailand. Bergeraklah kami ke Daejeon. Boleh tahan laju bas ni…

Sepanjang perjalanan mata liar melihat sekitar. Dah tak banyak bunga. Dah hujung musim bunga pun but still can see bunga-bunga berbagai warna. Tapi sebahagian pokok dah tinggal rangka. Daun pun dah luruh. Tapi ada juga yang baru nak berbunga dan masih berdaun.

Taklah menarik pemandangan sepanjang jalan. Tapi suatu yang menarik.. sekejap sekejap ada tapak pertanian. Mungkin padi. Selepas atau antara kawasan industry atau bangunan residen ada saja tanah pertanian. Gereja banyak kelihatan tapi masjid langsung tak ada. Memang Muslim sangat kurang di Korea.
Selepas 2.5 jam dalam bas akhirnya kelihatanlah sign Daejeon. Maka tambah liar mata. Manalah agaknya KIGAM. Maklum.. nak bermukim sampai 6 minggu….

Cantik juga persekitaran KIGAM. Kalaulah JMG macam ni… Dalam hati tu berdetik juga sebab apa… sebab KIGAM adalah formerly known as Geological Survey of Korea. Bukankah JMG pun asalnya Geological Survey of Malaysia!!

Seperkara lagi yang aku pun dah dengar. Memang betul.. sangat sukar untuk lihat kereta/kenderaan dari Negara lain. Sepanjang perjalanan ke Daejeon hanya selisih dengan satu kenderaan luar saja (yang dalam pandangan mata aku). Mercedes 350 hitam.

HARI PERTAMA DI KIGAM…..bersambung…

Comments

Popular Posts