Raja Ema



1984 STAR Ipoh, Perak- Raja Ema pernah datang ke sekolah saya pada tahun 1984 semasa sambutan Jubli Perak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. Masa itu saya berada dalam Tingkatan 4. Raja Ema datang bersama Sukarni Jaafar, P.Param dan Liza Abdullah. Masa itu beliau belum ada album sendiri dan menyanyikan lagu penyanyi lain saya sendiri telah lupa tajuknya. Maklumlah sekolah kami semuanya jantan, maka Raja Ema menjadi pujaan pada malam itu. Rupa-rupanya umur Raja Ema sebaya dengan kami. Ramai yang bergambar dengan Raja Ema malam itu. Selama beberapa bulan lepas itu Raja Ema menjadi pujaan dan mainan dalam mimpi kebanyakan dari kami, maklumlah masa itu Raja Ema masih muda, cantik dan ayu sekali.

Comments

Popular Posts