MPV Proton Exora

Semalam selepas waktu kerja, saya pergi ke bilik pameran Proton di Jalan Skudai. Tujuannya hendak melihat secara lebih dekat, produk Proton yang terbaru iaitu MPV Proton Exora. Mula-mulanya saya tersilap jalan, sebab tak berjumpa dengan persimpangan masuk ke laluan di depan bilik pameran Proton tu, petang-petang begitu keadaan trafik agak sesak maka saya terlepas simpang ke situ. Bila dah terlepas, kena u-turn di depan Plaza Angsana, terus teringat akan keenakan Mee Rebus Haji Wahid yang gerainya terdapat di tingkat bawah Plaza Angsana tu. Gerai tu kendalian Halim Hj Wahid, anak beliau. Lepas pekena mee rebus yang sedap tu barulah saya bergerak semula dan mencari jalan ke Proton. Saya terpaksa u-turn di Danga Bay, himpit jalan sebelah kiri dan akhirnya berjumpalah saya dengan laluan di depan kedai Proton tu.
Sesampainya di sana, saya lihat orang masih ramai, jam menunjukkan pukul 7:00 malam. Kebanyakannya orang Melayu kita. Adalah seorang dua orang Cina dan India. Semua nampak excited dan berminat mencuba, membuka menutup pintu, memerhati enjin Exora (macam lah mereka tu faham sangat pasal enjin tu...:-). Saya sendiri mencuba di ruang pemandu, memerhati dashboard, gear automatik stail Toyota Camry yang bersenggat tu, ruang belakang macam MPV lain seperti Grandis, ruang tempat duduk ketiga pun macam lain-lain MPV, agak sempit untuk orang dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun sesuai sangatlah. Ada 2 versi, harga RM69,000++ dan RM76,000++. Yang mahal tu ada banyak aksesorilah, seperti DVD player terletak di ruang bumbung tengah, GPS dan sebagainya. Lampu belakang dan depan mempunyai stail kereta mahal lah, cantik dan menarik sekali. Kelebarannya sesuai dan terasa lapang dengan bumbung yang agak tinggi. Terasa luas dan lapang. Semasa bersembang dengan seorang Melayu yang sama-sama mencuba duduk, beliau kata ada kekurangan sikit di bahagian bumbung. Bila diketuk terasa macam agak 'kosong' (fahamlah..macam terasa kereta murah). Tapi bagi saya kelebihan yang ada pada Exora secara keseluruhannya melebihi kekurangannya. Nothing is perfect for that kind of price mannnn......Saya rekomenlah sesiapa yang nak beli Exora, kalau versi yang rendah sikit harganya tu kalau order sekarang dapat cepat sikit sekitar 2-3 bulan. Kalau versi yang mahal tu, sekitar 3-4 bulan (kata salesman tu lah). Tapi kesimpulannya kata beliau, boleh dapat sebelum raya..!!!!!! (nak tayang le tuuu). Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat saya snap menggunakan kamera telefon Nokia N70. Lihat dan nilai sendiri okeyyy.















Comments

Popular Posts