Tugas Baru
Pada 15hb Mac 2009 yang lalu, genaplah sudah dua bulan saya berada di Johor Bahru ini kerana bertugas sebagai Timbalan Pengarah Geosains di JMG Johor. Satu pengalaman baru yang berbeza sama sekali berbanding semasa saya bertugas di JMG Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Sebagai ketua, saya bertanggungjawab dalam hal-ehwal tugas dan juga kebajikan anak-anak buah saya di Unit Geosains. Mujurlah nampaknya anak-anak buah saya ini terdiri daripada mereka yang berfikiran positif, sedia berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan berpandangan jauh.
Keluarga berada di Bangi, tentulah saya mengalami sedikit kepayahan dalam mengurus diri. Namun begitu pengalaman sebagai geologist banyak mengajar saya dan tentunya mengajar keluarga saya juga yang sering ditinggalkan semasa menjalankan kerja di lapangan. Peribahasa mengatakan alah bisa tegal biasa. Saya wajib berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam menjaga anak-anak saya seramai 4 orang. Saya sedar dan ingat bahawa saya terhutang budi kepada beliau, walau pun sepatutnya sayalah yang bertanggungjawab. Tapi bukanlah semua ini dengan kehendak saya, pertukaran saya ke Johor Bahru adalah atas dasar arahan atas kenaikan pangkat. Kalau dulu tak mahu bertukar, maka terlepaslah pula. Setakat ini saya masih sanggup dan bertahan kerana bulan Julai 2009 nanti saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Geologi Kejuruteraan. Ada lebih kurang 3 hingga 4 bulan lagi.

Comments