Perlunya Perancangan Awal

Saya dan orang-orang saya diarah mengendalikan satu acara perasmian telaga tiub di Pulau Sibu Besar, Mersing. Acara ini pada asalnya dikategorikan sebagai 'small scale' sahaja, bermakna acara ini secara dalaman dan kecil-kecilan sahaja. Tetapi semakin lama kami membincangkan segala perancangan dan kerja yang perlu dilaksanakan, semakin kami sedar bahawa tidak ada sebenarnya yang dinamakan sebagai acara kecil-kecilan tadi.

Sebenarnya apabila kita mengendalikan sesuatu acara yang melibatkan orang luar seperti ketua kampung, penghulu, pegawai daerah dan VIP dari Kuala Lumpur, tidak kira samada ia berskala besar atau kecil, namun kerja-kerja perancangan dan persiapan yang perlu dilakukan sebenarnya sama sahaja, tidak ada yang dinamakan perancangan besar atau kecil. Selagi acara tersebut belum berlangsung, selagi itulah akal dan fikiran kita akan tertumpu kepada acara tersebut. Maka perancangan awal memanglah perlu, bekerja dalam waktu krisis memang memenatkan tenaga fizikal dan dalaman. Tenaga kudrat dan akal fikiran. Paling penting hendaklah ia dirancang dengan seberapa awal kerana jika kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal.

Comments

Popular Posts