Kerana Rasuah
Lembaga Disiplin UMNO mendapati Dato Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang dalam usahanya semasa proses kempen untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau dilarang daripada bertanding. Manakala Khairy Jamaludin (KJ) didapati bersalah tetapi hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Kerana jawatan, manusia sanggup merasuah untuk mencapai niat dan tujuannya. Semasa penubuhan UMNO (dulu PEKEMBAR) oleh Dato' Onn Jaafar adakah pernah terlintas di hati beliau bahawa parti yang diasaskan oleh beliau akan mengalami satu zaman di mana wang digunakan untuk membeli undi, untuk menang jawatan. Saya rasa Dato' Onn tidak pernah terlintas di hati beliau yang jujur dan suci itu. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu pada zaman itu. Saya merasa malu kerana seorang Melayu yang menjadi pemimpin sanggup menggunakan wang untuk merasuah kerana hendak menang jawatan. Sudahlah orang Melayu masih lagi ketinggalan jauh dari segi ekonomi dan pencapaian dalam pendidikan berbanding orang Cina, sepatutnya inilah yang UMNO patut perjuangkan sehingga ke titisan darah terakhir. Tetapi kini pemimpin Melayu dari UMNO ini hanya sibuk hendak menang jawatan kerana dengan jawatan tinggi itu maka semakin besarlah peluang untuk mengkayakan diri dan keluarga dan bukanlah hendak memperjuangkan nasib orang Melayu. Aduh malulah menjadi orang Melayu yang menjadi ahli UMNO.

Comments