Now Everybody Can Fly With MAS
Saya dijangka akan menghadiri mesyuarat pelesenan air mineral anjuran Kementerian Kesihatan pada 8-10 April depan di Pulau Pinang. Tiba-tiba saya rasa teringatkan keluarga saya yang berada di Bandar Seri Putra. Bagus juga kalau isteri dan anak-anak dapat hadir bersama. Oleh kerana mesyuarat tersebut diadakan pada hari sekolah maka isteri saya merasa agak keberatan kerana tak mahu anak-anak ponteng sekolah. Entah macamana isteri saya mencadangkan agar mereka naik kapalterbang pada hari Jumaat malam.
Saya terus melayari internet dan terus ke web Malaysia Airline mencari-cari flight yang sesuai. Malangnya tiada masa yang sesuai. Lantas saya cuba pula melihat jadual hari Sabtu. Laman web MAS membawa saya ke jadual hari Sabtu. Ahh ada tapi agak lewat, jam 2:50 petang dari KLIA. Yang mengejutkan saya harga tiketnya RM32 untuk tiket sehala. Wah ini sudah bagus, maka saya terus tempah untuk 5 orang iaitu 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Mula-mula kena daftar member dulu, lepas tu dalam masa 15 minit, saya menempah dan membayar dengan menggunakan kad kredit. Jumlahnya RM354.00 sahaja untuk 5 orang. Wow seronok betul rasanya dapat bagi peluang pada isteri dan anak-anak naik kapalterbang. Saya dah selalu sangat naik flight, dah jemu..(ewah belagak..:) Alhamdulillah mudah-mudahan isteri dan anak-anak akan enjoy dapat naik MAS setelah begitu lama tak berpeluang. Last sekali 9 tahun yang lalu dari Kota Kinabalu ke KL. Seronok lah...Terima kasih MAS.

Comments
Saya tak dapat hadir ke Penang masa tu, terpaksa habiskan meeting SK1 2009 yang tertunggak yang di adakan pada tarikh yang sama.